Hikmah Nurhayati
ABOUT ENTRY FACEBOOK
Bukti seorang munafik
Friday, 18 January 2013 • 11:11 pm • 3 comments

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang
Pagi tadi, dia terbangun daripada tidur sewaktu jemaah di masjid sudah pulang daripada solat subuh berjemaah. Dia ke bilik air sambil berlenggang. Sejurus mandi, dia berjalan masuk ke bilik menyalin pakaian kerja. Dengan tenang dia bertakbir solat subuh, di cangkul solatnya sepantas kilat tanpa sempat berwirid, apatah lagi berdoa. ‘Ah, minggu lepas sudah berdoa, buat apa berdoa hari-hari!’ gerutu hatinya.
 

Pagi masih hening, dia melangkah turun dari kenderaan dengan wajah sebal. Menuju ke tempat kerja dengan hati yang kusut dan celaru. Sebaik sampai ke pejabat, dia menekan suis computer dan memasang lagu inggeris yang sentimental sebagai halwa telinga. Tubuh disandarkan ke kerusi. Dia pejam mata sambil mendengar lagu. Segar.
 

Alis mata dibuka semula, lalu pandangan ditujukan ke ruang pejabat. Melihat gelagat rakan-rakan sekerja dalam keadaan telinga mendengar alunan lagu. Ada yang melintasi di sebelah dia dengan wajah ceria dan senyuman. Dia membalasnya dengan pandangan sepi sahaja. Kemudian dia beralih pandangan kepada computer. Bermula aktiviti menyelam di alam maya, membuka facebook atau melayari laman sesawang untuk memeriksa perkembangan terkini.

Adakah kita juga seperti dia? Adakah kita menjadikan permulaan setiap pagi seperti dia yang dinyatakan dalam kisah ini? Di mana Allah dalam kehidupan kita? Di manakah perilaku yang menjadi rutin sebagai seorang muslim? Oh ya, kita bersolat Subuh tadi. Bersolat pada akhir waktu. Adakah ini bermakna, Allah sentiasa diakhirkan dan dunia selalu didahulukan?

Setiap pagi, kita perlu memulakan kehidupan dengan solat Subuh berjemaah. Inilah rutin yang diselaraskan oleh Rasulullah s.a.w. buat seorang Muslim. Jika dia gagal melaksanakan rutin ini, maka dia gagal mengikuti piawaian Rasulullah s.a.w. Adakah kita merasa senang untuk mengabaikan perkara ini?

Ubai bin Ka’ab r.a. berkata:

‘Suatu ketika, saat Rasulullah s.a.w. selesai solat Subuh, Baginda bertanya: ‘adakah kalian melihat si polan bersolat?’ Mereka menjawab, ‘Tidak.’ Beliau bertanya lagi, ‘Si polan ?’ Mereka menjawab, ‘Tidak.’ Maka nabi s.a.w. bersabda: ‘Sesungguhnya dua solat ini ( Subuh dan Isyak ) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Jika mereka mengetahui apa yang ada di dalam kedua-duanya, pasti mereka akan mendatangi ( solat berjemaah ) sekalipun dalam keadaan merangkak.’ ( Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i )


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

‘Mereka (orang munafik ) apabila berdiri untuk solat, mereka akan berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).’ (surah al-Nisa 4:142)

Jangan ada yang yang bergurau dalam perkara ini kerana kemunafikan itu sesuatu yang sangat buruk di sisi Allah s.w.t . sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

‘Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. dan Engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.’ (surah al-Nisa 4: 145)

Sesudah mendengar ayat-ayat ini, adakah kita akan membuka mata pada waktu pagi dalam keadaan berlenggang? Berjalan ke tandas sambil bersiul-siulan? Dan membiarkan sahaja waktu Subuh berlalu dengan senyuman tanpa kita bersolat di masjid?

Tepuk dada, tanyalah iman


3 Comment(s)


Thanks For The Read!


PASTFUTURE


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Twenty something. Servant of Allah. Striving to be a better muslimah.
Once a Muslim, always a Muslim

BEST VIEW USING GOOGLE



Put your trace here



S T A T U S

>>how can i live without you...
date :30/04/17
at:9 am


>>why is masa berlalu dengan cepat!
date :24/04/17
at:10 am


>>4 years ter-edit lagi blog nehh
date :/04/17
at:7 pm



>>Dia pergi jua
date :16/08/13
at:3 pm



>> Hasbunallah wa ni'mal wakil
date : /07/2013
at:2 pm


>> Sannah Helwah CJ7
date : 5/07/2013
at:12 am



>> Ramadhan is coming soon
date : 3/07/2013
at:6 am



>> Rindu Ibu, rindu dia, rindu semua T.T
date : 25/06/2013
at:4 pm


>> Ya Allah, terima kasih :')
date : 24/06/2013
at:7 pm


>> buat blogskin baru
date : 23/06/2013
at:3 pm


>> Alhamdulillah selesai hari terbuka Hari Guru, Jyeah! ^^
date : 22/06/13
at: 12pm


>> ikmaa cinta Allah
date: Jumaat
at: 12.30pm


B L O G A R C H I V E

  • kamu cantik sekali
  • kamu tahu?
  • Cara melakukan solat sunat hajat
  • Manfaat mandi subuh.
  • Al-Quran.
  • Boo-Ty-Ful
  • Abg Usu~
  • Aku bukan sempurna
  • MAMAT JIWANG vs MINAH BRUTAL
  • Kisah cikgu dan pelajar mengenai cinta