Hikmah Nurhayati
ABOUT ENTRY FACEBOOK
Perubahanku.
Wednesday, 13 February 2013 • 1:48 pm • 5 comments
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Alhamdulillah, di atas nikmat kurnia-Nya kita masih dapat hidup di atas muka bumi ini. Syukur, syukur, syukur. Terima kasih ya Rabb atas rezeki-Mu ini. Hanya pada-Mu kami sembah, hanya pada-Mu kami memohon pertolongan. Dan sesungguhnya hanya kepada-Mu kami dikembalikan.
Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik”
Ayat ini memang sudah tidak asing, semua orang dah tahukan. Aku, lepas tamat ja sesi persekolahan nie, asyik terfikir-fikir ayat tu, iyalah nak kata aku nie baik, tidak juga. Jadi kalau gitu, aku akan dapat lelaki yang jahat seperti yang dimaksudkan dengan ayat diatas tu? Ini tak boleh jadi! Aku kena berusaha menjadi muslimah yang lebih baik kerana Allah! Alhamdulillah, aku rasa tak rugi duduk dekat rumah sambil tunggu result SPM sebab aku dapat memperbaiki diri aku. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Syukur ke khadrat Tuhan yang Maha Esa. Dapat juga meluangkan masa lebih banyak kepada Allah. Hehehe (^.^)

Antara perubahan yang dapat aku buat, firstly solat di awal waktu. Dulu, disebabkan aku balik sekolah lambat, lambat jugalah aku solat, selalu sembahyang akhir waktu. Astaqfirullah al azim...So, sekarang bila dah azan, terus pergi solat, waaa hati nie terus rasa tenang tak kelam kabut dapat kusyuk dalam sembahyang. Heee.. Secondly, lepas solat aku sambung dengan membaca Al-Quran, bertasbih , berzikir dan berwirid. Bertambah tenteram jiwa ni, hehehe.

Sebenarnya, perubahan aku nie pun sedikit sebanyak dibantu oleh seorang hamba Allah ini, namanya.. RAHSIA. Hehee.. Dia berjaya mengetuk pintu hati aku untuk berubah ke arah menjadi muslimah yang lebih sejati, cewahh hee. Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab Allah temukan aku dengan dia. Orang cakap cinta boleh mengubah kitakan? Memang betullah! Tapi cinta ini tidak melebihi cinta aku kepada Allah. Aku kenal dia, dan dia buat aku rasa nak berubah menjadi muslimah yang lebih baik semata-mata hanya kerana Allah (SWT). Dia bukannya halim pun, kami pun sama-sama mencari keredhaan Allah. Syurga itu bukan mudah kita nak dapat jadi kenalah berusaha dan terus berusaha!
Secantik-cantik perhiasan adalah wanita SOLEHAH
Thirdly, cara aku berpakaian. Memang susah, banyak dugaan sebenarnya. Bisikan syaitan ada dimana mana. Ah, boleh ke aku nak cover semua ni? nanti mcm mana baju-baju kebaya, dress yang cantik-cantik nie? nanti orang tak nampaklah aku dah kurus.. nanti bertudung labuh aku nmpak gemuk. mcm mana family kalau nampak nanti? mesti kena perli jadi ustazah.. aku ni bukan pandai agama sangat tapi nak pakai tudung mcm ustazah.. nanti orang cakap aku nie menunjuk-nunjuk halim..


Astagfirullah al azim, kata-kata tu betul-betul mengganggu fikiran aku. Tapi aku dah berazam, dan aku akan buat bersungguh-sungguh! Alhamdulillah, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata aku bertudung labuh, berstokin dan bersarung tangan demi MU YA ALLAH.. tidak pernah aku rasa selamat dan selesa seperti ini sebelum ini. Ya Allah maha mengetahui betapa indahnya cara Allah memelihara wanita. Aku korbankan semua pakaian-pakaian dan tudung-tudung yang lama yang tidak sempurna. Di dalam almari cuma ada baju kurung, jubah dan baju yang menutup aurat dengan sempurna.

Buat keluarga dan sahabat.. Aku bukanlah insan yang sudah cukup ilmu agamanya, aku cuma insan yg ingin memperbaiki kekurangan diri ini untuk mencari keredhaan-Nya semata-mata.

Marilah kita bersama-sama berusaha mencapai pengakiran yang terbaik iaitu Syurga Allah
Assalamu'alaikum


5 Comment(s)


Thanks For The Read!


PASTFUTURE


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Twenty something. Servant of Allah. Striving to be a better muslimah.
Once a Muslim, always a Muslim

BEST VIEW USING GOOGLE



Put your trace here



S T A T U S

>>how can i live without you...
date :30/04/17
at:9 am


>>why is masa berlalu dengan cepat!
date :24/04/17
at:10 am


>>4 years ter-edit lagi blog nehh
date :/04/17
at:7 pm



>>Dia pergi jua
date :16/08/13
at:3 pm



>> Hasbunallah wa ni'mal wakil
date : /07/2013
at:2 pm


>> Sannah Helwah CJ7
date : 5/07/2013
at:12 am



>> Ramadhan is coming soon
date : 3/07/2013
at:6 am



>> Rindu Ibu, rindu dia, rindu semua T.T
date : 25/06/2013
at:4 pm


>> Ya Allah, terima kasih :')
date : 24/06/2013
at:7 pm


>> buat blogskin baru
date : 23/06/2013
at:3 pm


>> Alhamdulillah selesai hari terbuka Hari Guru, Jyeah! ^^
date : 22/06/13
at: 12pm


>> ikmaa cinta Allah
date: Jumaat
at: 12.30pm


B L O G A R C H I V E

  • Bukti seorang munafik
  • kamu cantik sekali
  • kamu tahu?
  • Cara melakukan solat sunat hajat
  • Manfaat mandi subuh.
  • Al-Quran.
  • Boo-Ty-Ful
  • Abg Usu~
  • Aku bukan sempurna
  • MAMAT JIWANG vs MINAH BRUTAL