Hikmah Nurhayati
ABOUT ENTRY FACEBOOK
Harga Sebuah Malu
Tuesday, 17 September 2013 • 6:57 am • 1 comments


Harga sebuah malu…

Kecantikan itu adalah anugerah kurniaan Allah s.w.t kepada wanita untuk diperlihatkan hanya kepada yang hak. Dan sebaik-baik hiasan adalah wanita yang solehah. Jadikanlah malu itu sebagai perisai dikala menghadapi peperangan. Ingatlah wahai akhawat yang dirahmati sekalian, tidak rugi anda membela sifat malu itu kerana malu itu sebahagian daripada iman dan iman itu balasannya adalah SYURGA.

Tetapi, apabila hak ini dicabuli dan tidak diletakkan kepada yang sepatutnya, maka wanita itu secara automatik telah menzalimi dirinya sendiri. Kalau anda pernah mendengar lagu “Puteriku Sayang” dendangan Hijjaz, mesti anda familiar dengan lirik ini,

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana,
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama,
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya,
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri.

Aduhai akhawat yang dihormati sekalian, dirimu terlalu berharga untuk diperjudikan. Dirimu terlalu bernilai untuk dipermainkan. Dirimu terlalu mahal untuk berserah kepada yang bukan halal. Bersyukurlah para muslimah sekalian, Allah sangat kasihkan hambaNya. Dan malu itu Allah hadiahkan sebagai tanda sayang-Nya, tanda Dia mahu menjaga maruah kita, tanda Dia mahu kita selamat dari gangguan yang tidak kita senangi.

Orang yang punyai sifat malu terpeliharalah dirinya, akhlaknya, dan maruahnya. Dengan sifat malu, aurat ditutup sempurna, pergaulan dijaga rapi, berasa tidak senang ditatap mesra. Andai hilang malu, takutlah dan sedarlah wahai muslimah. Itu merupakan satu petanda awal bahawa akhlakmu sedang dieksperimentasi oleh syaitan dan nafsu. Belum terlambat lagi untuk anda memupuk nilai malu dalam diri. Semoga kita semua sentiasa berdoa agar berada dibawah peliharaan Allah selalu. Terima kasih dan saling mengingatkan antara satu sama lain. Sirru ala barakatillah..


1 Comment(s)


Thanks For The Read!


PASTFUTURE


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Twenty something. Servant of Allah. Striving to be a better muslimah.
Once a Muslim, always a Muslim

BEST VIEW USING GOOGLE



Put your trace here



S T A T U S

>>how can i live without you...
date :30/04/17
at:9 am


>>why is masa berlalu dengan cepat!
date :24/04/17
at:10 am


>>4 years ter-edit lagi blog nehh
date :/04/17
at:7 pm



>>Dia pergi jua
date :16/08/13
at:3 pm



>> Hasbunallah wa ni'mal wakil
date : /07/2013
at:2 pm


>> Sannah Helwah CJ7
date : 5/07/2013
at:12 am



>> Ramadhan is coming soon
date : 3/07/2013
at:6 am



>> Rindu Ibu, rindu dia, rindu semua T.T
date : 25/06/2013
at:4 pm


>> Ya Allah, terima kasih :')
date : 24/06/2013
at:7 pm


>> buat blogskin baru
date : 23/06/2013
at:3 pm


>> Alhamdulillah selesai hari terbuka Hari Guru, Jyeah! ^^
date : 22/06/13
at: 12pm


>> ikmaa cinta Allah
date: Jumaat
at: 12.30pm


B L O G A R C H I V E

  • Untitled Post
  • Secretly, quietly.
  • For-You
  • 16 Ogos 2013
  • Selagi...
  • Jom 'COUPLE' dgn الله !
  • Rindu.
  • Akhlak Mulia Rasulullah SAW
  • kisah silam gelap bukan penghalang untuk berubah
  • Mari Belajar Bahasa Arab